Sabtu, 25 November 2017

🕋 Cinta Maulid Nabi SAW
      Yuk pahami Biografi Beliau
*BIODATA RASULULLAH S.A.W*


📜 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim_.

🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Senin, 12 Rabiulawal_ bertepatan dengan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; karena peristiwa tentara bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'bah)

📜 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Thalib, Makkah Al-Mukarramah.
📜 *Nama bapak* : Abdullah bin Abdul Muththalib bin Hashim.
📜 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdu Manaf.
📜 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapak Rasulullah Saw.).
📜 *Ibu susu pertama* : Tsuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
📜 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah, suaminya bernama Abu Kabsyah).

 *USIA 5 TAHUN*

📑 _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah Saw. yang dilakukan oleh dua malaikat_ untuk mengeluarkan bagian setan yang wujud di dalam hatinya.

 *USIA 6 TAHUN*

📑 _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah, baginda diasuh oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapak Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh kakeknya, Abdul Muththalib.

 *USIA 8 TAHUN*

📑 _Kakeknya, Abdul Muththalib pula meninggal dunia_.
Baginda diasuh pula oleh saudara bapaknya, Abu Thalib.

 *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

📑 Bersama saudara bapaknya, Abu Thalib bermusafir ke Syam untuk urusan perniagaan.

📑 Di kota Basrah, negeri Syam, seorang pendeta Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang lahir pada masa itu.

 *USIA 20 TAHUN*

📑 Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah', jilid1, halaman 184-187 menyatakan bahwa ketika itu usia Nabi Muhammad Saw. 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah.

📑 Menyaksikan 'perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang didzalimi di Makkah.

*USIA 25 TAHUN*

📑 Bermusafir kali kedua ke Syam untuk urusan perniagaan barang-barang Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

📑 Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.

📑 Baginda Saw. bersama-sama Abu Thalib dan beberapa orang pamannya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapak saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

📑 Mas kawin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

 *USIA 35 TAHUN*

📑 Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Ka'bah.

📑 Pembinaan Ka'bah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.

📑 Rasulullah Saw. diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

 *USIA 40 TAHUN*

📑 Menerima wahyu di gua Hira' sebagai pengangkatan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

*USIA 53 TAHUN*

📑 Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq.

📑 Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal / 24 September 622M.

*USIA 63 TAHUN*

📑 Wafatnya Rasulullah Saw. di Madinah Al-Munawwarah pada hari Senin, 12 Rabiulawal tahun 11 Hijrah / 8 Juni 632 Masehi.

*ISTERI-ISTERI RASULULLAH Saw.*

📝 Khadijah Binti Khuwailid.
📝 Saudah Binti Zam'ah.
📝 Aisyah Binti Abu Bakar (anak Sayyidina Abu Bakar).
📝 Hafsah binti 'Umar (anak Sayyidina 'Umar bin Al-Khattab).
📝 Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
📝 Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
📝 Zainab Binti Jahsy.
📝 Maimunah Binti Harith.
📝 Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
📝 Zainab Binti Khuzaimah (digelar 'Ummu Al-Masakin', Ibu Orang Miskin).

*ANAK-ANAK RASULULLAH Saw.*

1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra'

*ANAK TIRI RASULULLAH Saw.*

📑 Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah at-Tamimi (anak Sayyidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika menikah dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).

*SAUDARA SESUSU RASULULLAH Saw.*

*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah → Hamzah
2. Abu Salamah → Abdullah bin Abdul Asad

*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah → Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Muthallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. 'Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza

*BAPAK DAN IBU SAUDARA RASULULLAH Saw.*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTHTHALIB_)

1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka'bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.

*Sabda Rasulullah Saw.:*
_"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_
_Dan sesiapa yang mencintai aku niscaya dia bersamaku di dalam surga"_
(Riwayat Al-Sajary dari Anas )

اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Nabi Muhammad Saw. - Manusia agung

 *KENALI NABI MUHAMMAD Saw. SECARA LAHIRIAH*

📑 Begitu indahnya sifat fisikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kali bertemu muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_

📑 Aku belum pernah melihat lelaki yang segagah Rasulullah Saw..

📑 Aku melihat cahaya dari lidahnya.

📑 Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.

📑 Rasulullah Saw. jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

📑 Rasulullah Saw. umpama matahari yang bersinar.

📑 Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah Saw.

📑 Apabila Rasulullah Saw. berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.

📑 Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

📑 Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

📑 Wajahnya seperti bulan purnama.

📑 Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.

📑 Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

📑 Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.

📑 Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

📑 Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

📑 Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

📑 Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

📑 Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

📑 Janggutnya penuh dan tebal menawan.

📑 Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.

📑 Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.

📑 Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

📑 Rambutnya sedikit ikal.

📑 Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.

📑 Rambutnya terbelah di tengah.

📑 Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut memujur dari dada ke pusat.

📑 Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.

📑 Seimbang antara kedua bahunya.

📑 Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.

📑 Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

📑 Betisnya tidak lembut tetapi cantik.

📑 Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

📑 Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

📑 Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.

📑 Warna putihnya lebih banyak.

📑 Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

📑 Warna kulitnya putih tapi sehat.

📑 Kulitnya putih lagi bercahaya.

📑 Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kokoh.

📑 Badannya tidak gemuk.

📑 Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi gagah.

📑 Perutnya tidak buncit.

📑 Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

 *KESIMPULANNYA* :
Nabi Muhammad Saw. adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.

Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.


_Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintai_

*wallahu'alam*
Semoga Bermanfaat

Tidak ada komentar:

Posting Komentar